Zikir Munajat

Tuesday 29 October 2013

EXPERIENCE...

PENGALAMAN HIDUPKU...

Pengalaman memberi erti mendalam dalam hidupku...penuh suka duka..tangis tawa..serta pelbagai warna menghiasi sepanjang waktu setiap nafasku..

Pengalaman alam kanak-kanak adalah terlalu indah kerana di situ..aku mula belajar mengenali dunia...

Pengalaman alam remaja penuh ranjau duri suka duka dalam hidup ..dan di situ aku mula belajar mengenali kaca dan permata...

Pengalaman alam pekerjaan begitu mencabar..begitu menduga tahap keimanan..betapa beratnya mengenali besarnya tanggungjawab terhadap sesama insan serta tanggungjawab besarku terhadap Tuhan Maha Pencipta..




Pengalaman sekelilingku...?  Betapa beratnya mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..  Melihat kedaifan hidup beberapa golongan kurang berkemampuan..membuatkan aku cuba meluangkan banyak masaku bersama mereka.  Di situ, aku mula melihat ke dalam diri..syukur atas setiap kurniaan Tuhan..dan belajar untuk redha atas setiap ketentuan...insyaALLAH..




~PENGALAMAN YANG PALING MANIS BUATKU...ADALAH DI SAAT AKU PERNAH DIANGKAT DAN DIJULANG KETIKA MEMENANGI SUATU KEJOHANAN SUKAN YANG DISERTAI.  INDAHNYA KENANGAN ITU..KINI TERSEMAT ERAT DALAM LIPATAN SANUBARI....