Berikut, akan saya kongsikan beberapa lokasi/tempat menarik di Malaysia pada pandangan saya..
MELAKA
Pulau Besar, Melaka
Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara.
Terdapat 2 cara jika anda ingin kesana. Anda boleh menaiki feri dari
Jeti Anjung Batu atau menaiki bot laju dari Jeti Umbai. Perjalanan
dengan feri adalah berjadual manakala bot laju pula masa perjalanan
pergi/balik bergantung kepada pasang surut laut dan masa yang ditetapkan
sendiri oleh penumpang.
PAHANG
Cameron Highland
Cameron Highland berada pada ketinggian 1524meter dari paras laut dengan kadar suhu antara 10oC - 20oC memberikan suasana damai dengan udara yang segar terletak dalam negeri Pahang Darul Makmur. Terdapat pelbagai tempat segar yang boleh dilawati seperti ladang teh Bharat, Strawberry Park, ladang sayur-sayuran serta pelbagai tanaman bunga-bungaan yang menarik.
TERENGGANU
Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu
Pantai Batu Burok terletak tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu menjadikan ianya mudah untuk dikunjungi. Tiupan angin Laut China Selatan menjadikan pantai ini sebagai pilihan untuk berjalan-jalan, beristirehat serta berkhelah.
No comments:
Post a Comment