Zikir Munajat

Showing posts with label KEGEMARAN SAYA. Show all posts
Showing posts with label KEGEMARAN SAYA. Show all posts

Monday, 13 January 2014

KOLEKSI LAGU INGGERIS KEGEMARAN


ROCKWELL-Knife

DAN BYRD-Boulevard

BRIAN HYLAND-Itsy Bitsy Teeny Winny Yellow Polka Dot Bikini

LIVING IN A BOX-Room In Your Heart

CLIFF RICHARD-Ocean Deep

AIR SUPPLY-All Out Of Love

MICHAEL BUBLE-Sway

MILLI VANILLI-Baby Don't Forget My Number

KOLEKSI LAGU MELAYU KEGEMARAN


RABBANI-Mana Milik Kita



HAFIZ HAMIDUN-Taubat Seorang Hamba


RAHIMAH RAHIM - Doa


JAMAL ABDILLAH-Di Sudut Kamar Hati


EBBY SAIFUL-Debu Di Hati

XPDC-Hentian Ini


Thursday, 9 January 2014

ANTARA BUKU KOLEKSI KEGEMARANKU

Sekadar berkongsi beberapa buah buku koleksi kegemaran saya..

1.   U-TURN KE JALAN LURUS (Oleh Ustaz Zul Ramli M. Razali)

"pengajaran hebat dalam perubahan diri"

Antara pengisian menarik :

"Penyucian lahir ialah isyarat untuk melakukan penyucian hati.  Kita mudah melihat najis dan kotoran, begitulah sebenarnya kotoran batin yang perlu kepada usaha penyucian.."

"Penipuan yang paling dahsyat adalah apabila kita sibuk melihat dan memperkatakan kesalahan orang lain.  Tanpa sedar sewaktu kita sibuk melihat keaiban orang lain, kita sudah tentunya tidak sempat melihat cela, salah dan kelemahan diri sendiri.."




2.   Semuanya SOAL HATI (Oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi)


 "Usah dipinta hidup yg mudah, tapi pintalah hati yg tabah utk menghadapinya!"


3.   Keajaiban Istighfar (Oleh Majdi Muhammad Asy-Syahawi)
"Tidaklah tergolong orang berdosa, orang yg selalu beristighfar meskipun dia mengulangi perbuatan dosanya sebanyak 70kali dlm sehari.."
(Hadis riwayat Tirmizi)




4.   RABIATUL ADAWIYAH ~ Perindu Cinta Abadi (Oleh Zahiruddin Zabidi)

"dengan izin Allah, apa yang mustahil?  Namun, sekiranya ia terjadi tidak seperti yang kita mahukan, sewajarnya kita redho.."

Antara pengisian menarik :

"Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali.  Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki.  Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan negara yang datang merisik.  Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk-NYA." 



Beberapa koleksi buku lagi yang menarik antaranya:


Semoga kita beroleh pelbagai manfaat daripadanya...insyaALLAH..


























Sunday, 17 November 2013

KEGEMARAN SAYA....

Kali ni..saya nak buat aktiviti bebas ...catatan yang bebas.. berkisar kegemaran saya... bukan sahaja makanan kegemaran..artis kegemaran...dan pelbagai aspek yang menjadi kegemaran saya... insya-Allah... warna-warni kegemaran ini telah memberikan banyak corak dalam perjalanan hidup saya.

Pertama sekali..saya nak berkongsi kata-kata yang menjadi kegemaran..iaitu..kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi.


Kata-kata dan ungkapan Ustaz Pahrol Mohd Juoi ini dahulu sering berkumandang di rancangan radio kegemaran saya iaitu ikim.fm slot Mukmin Profesional.  Namun setelah beberapa lama slot ini sudah tidak keudara lagi.. blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi pula sering menjadi bahan bacaan saya.  Boleh baca link Ustaz Pahrol Mohd Juoi di sini http://genta-rasa.com/

Selain slot Mukmin Profesional menjadi kegemaran saya, slot Islam Agamaku di radio ikim.fm banyak memberikan ilmu buat perkongsian bersama hasil daripada pengalaman para mualaf yang telah kembali ke agama fitrah.  Antara yang menarik adalah perkongsian pengalaman daripada artis Corrie Lee.


Boleh ikuti rakaman rancangan Islam Agamaku di ikim.fm kendalian DJ Norhayati Paradi bersama artis Adam Corrie Lee seperti video di bawah.




Kartunis kegemaran saya pula tak lain tak bukan ialah UJANG..yang terkenal dengan hasil karya "AKU BUDAK MINANG".. hasil karyanya yang kreatif dan mencuit perasaan.


Apabila menyentuh bab makanan...pastinya..makanan yang menjadi kegemaran saya adalah segala hasil masakan emak.  Hasil air tangan emak adalah yang paling menyelerakan dan membuka selera.  Emak gemar memasak ikan pari masak asam pedas, ayam masak kicap, ikan percik, rendang ayam serta pelbagai lagi lauk kegemaran saya serta keluarga.


Itu aje la ye..antara kegemaran yang dapat saya kongsikan buat masa ni...  alhamdulillah...