Zikir Munajat

Showing posts with label PERKONGSIAN. Show all posts
Showing posts with label PERKONGSIAN. Show all posts

Monday, 13 January 2014

GURINDAM JIWA


Filem klasik Gurindam Jiwa mempunyai beberapa pantun indah sebagai bahasa lembut lagi halus dalam menyampaikan mesej-mesej tertentu.  Antara pantun yang terdapat di dalam filem ini adalah:

GURINDAM JIWA

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

ISLAM AGAMAKU


Assalamualaikum,

Kali ini, saya ingin berkongsi beberapa link daripada para muallaf yang telah memilih untuk kembali ke agama fitrah.  Pengalaman hidup mereka, suka duka dan tangis tawa mereka kongsikan buat renungan bersama disamping hidayah yang telah diberikan Allah kepada mereka banyak memberikan kesan yang mendalam buat insan seperti saya.

1.  Tetamu : Encik Imran Sew (Mr Siew Kok Wah)
   
Kembali ke agama fitrah kerana tertarik dengan seorang wanita Islam, namun tidak dapat berkahwin dengan wanita tersebut tetapi tetap kekal dengan Islam hingga kini. Beliau mencari siapa yang berada di kedudukan paling tinggi dan paling berkuasa, maka Encik Imran telah menemui Islam dan Allah Yang Berkuasa dan Maha Agung.  Seterusnya, sila klik video di bawah untuk mengikuti kisah lanjut yang di kongsikan oleh Encik Imran di segmen Islam Agamaku, Ikim.fm.   




2.   Tetamu : Encik Harun Abdullah




3.   Puan Siti Mariam binti Abdullah (Bekas Biarawati)





Sesungguhnya hidayah itu milik Allah....

Monday, 9 December 2013

DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH..




Filem Di Bawah Lindungan Kaabah adalah antara cerita yang berjaya menarik perhatianku.  Cerita ini di adaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama, karya Hamka. 

Biarpun temanya agak biasa, namun pengolahan dan jalan cerita dan bahasa menjadikan cerita ini menempuh jalannya yang berbeza.  Kata-kata dan skripnya yang menarik membuatkan aku tergamam dan banyak berfikir tatkala menonton cerita ini.

Antara kata-kata cantik yang diungkapkan dalam cerita ini adalah pesanan dari ibu buat anaknya :

“Sampai kapanpun; emas takkan setara dengan loyang, dan sutera tak sebangsa dengan benang.”

“Apapun yang akan terjadi,....; ingatlah bahawa ketika engkau tak punya siapa-siapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup...”

Cerita Di Bawah Lindungan Kaabah boleh di tonton di sini :


Antara petikan kata-kata lain yang menarik:
“Untuk melewati badai kita harus terus berjalan, bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan, hanya ada dua hal yang harus terus kita bawa; keyakinan, dan cinta.”