Zikir Munajat

Showing posts with label MENARIK DI MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label MENARIK DI MALAYSIA. Show all posts

Monday, 13 January 2014

KOLEKSI PANTUN LAMA



 Berikut, dikongsikan beberapa pantun lama yang masih tidak lapuk ditelan zaman:




Buah cempedak di luar pagar,
Ambil Galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.




Budak-budak bermain tombak,
Tombak diikat dengan rantai,
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.




 Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang di pohon kayu,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah adat pusaka Melayu.




Hendak gugur gugurlah nangka,
Jangan menimpa putik pauh,
Hendak tidur tidurlah mata,
Jangan dikenang orang yang jauh.




Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.




Pisang Emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi di bawa mati.




Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

 

Thursday, 9 January 2014

BEBERAPA TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA...

Berikut, akan saya kongsikan beberapa lokasi/tempat menarik di Malaysia pada pandangan saya..

MELAKA
Pulau Besar, Melaka
























Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. 

Terdapat 2 cara jika anda ingin kesana. Anda boleh menaiki feri dari Jeti Anjung Batu atau menaiki bot laju dari Jeti Umbai. Perjalanan dengan feri adalah berjadual manakala bot laju pula masa perjalanan pergi/balik bergantung kepada pasang surut laut dan masa yang ditetapkan sendiri oleh penumpang.


PAHANG
Cameron Highland

 


 

Cameron Highland berada pada ketinggian 1524meter dari paras laut dengan kadar suhu antara 10oC - 20oC memberikan suasana damai dengan udara yang segar terletak dalam negeri Pahang Darul Makmur.  Terdapat pelbagai tempat segar yang boleh dilawati seperti ladang teh Bharat, Strawberry Park,  ladang sayur-sayuran serta pelbagai tanaman bunga-bungaan yang menarik.


TERENGGANU
Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu



 
Pantai Batu Burok terletak tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu menjadikan ianya mudah untuk dikunjungi.  Tiupan angin Laut China Selatan menjadikan pantai ini sebagai pilihan untuk berjalan-jalan, beristirehat serta berkhelah.