Zikir Munajat

Saturday, 7 December 2013

SAKIT...


Segala sesuatu yang terjadi pada manusia pasti ada hikmahnya. Seorang Muslim yang sabar dalam menghadapi sakit insyaALLAH maka baginya pahala kebaikan.


Sakit dan musibah adalah merupakan penghapus dosa.  Ini adalah hikmah terpenting sebab diturunkannya sakit dan musibah. Acapkali kita mendengar manusia ketika ditimpa sakit dan musibah malah mencaci maki, berkeluh kesah, bahkan yang lebih parah meratapi nasib dan berburuk sangka dengan takdir Allah. Nauzubillah, kita berlindung kepada Allah dari perbuatan sebegini. Padahal apabila mereka mengetahui hikmah dibalik semua itu, maka insyaAllah sakit dan musibah terasa ringan disebabkan banyaknya rahmat dan kasih sayang dari Allah Ta’ala.

Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (Hadis riwayat Bukhari).  
Di dalam hadis lain yang mempunyai maksud yang sama, Rasulullah bersabda: “Barang siapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. “(Hadis riwayat Bukhari). 


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).  

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang hamba sakit atau berpergian (safar), maka Allah mencatat pahalanya seperti pahala amal yang dikerjakannya ketika dia tidak berpergian atau sihat.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang menguatkan lagi hadis di atas: “Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan suatu kebaikan, maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hamba-Ku pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sihat.” (Hadis riwayat Abu Hanifah).


Jika seorang Muslim menghadapi penyakit dengan penuh kesabaran, insyaALLAH ganjaran syurga menantinya. Contohnya penyakit yang sangat menyulitkan penderitaannya dalam kehidupan ini seperti buta matanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka Aku ganti kedua matanya itu dengan syurga.” 
(Hadis riwayat Ahmad).  
Namun demikian, jika sakit itu tidak menyenangkan, sakit adalah ujian yang dapat memberikan keutamaan dan manfaat yang besar, baik bagi si penderita mahupun keluarganya.

Lantaran itu, penyakit harus dihadapi dengan sikap redha, pemikiran dan perilaku yang positif atas segala ketentuan Allah. 

Ketika menjenguk sahabat yang sedang sakit, ucapkanlah:
"Syafakillah/syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru
ba’dahu saqaman
 
Ertinya “semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya,
dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya”.

Syafakallah (ditujukan untuk lelaki)
Syafakillah (ditujukan untuk perempuan)
 



Friday, 29 November 2013

PERMAINAN YANG KIAN DILUPAKAN

Beberapa permainan lama kini telah semakin di lupakan dengan wujudnya perkembangan teknologi yang semakin canggih mengikut peredaran zaman.  Kanak-kanak, mak kanak-kanak...ayah kanak-kanak..dan ada juga atuk kanak-kanak sekarang semakin leka dengan pelbagai permainan di telefon pintar mahupun komputer.  Antara permainan yang digilai oleh ramai golongan sekarang ialah....(jeng jeng jeng....macam tak suspen pun sebab ramai dah boleh teka....)

CANDY CRUSH


Satu ketika dulu sebelum kedatangan Candy Crush ni...ramai yang menggemari........

ANGRY BIRDS

Yang akan dikongsikan di sini adalah...beberapa jenis permainan yang telah wujud sebelum zaman video game ini bermula....semakin lama ianya seolah-olah semakin kian dilupakan.  Antaranya adalah.....

BATU SEREMBAN
Permainan batu seremban ni..adakalanya boleh guna batu biasa aje..kalau ada yang rajin...boleh jahit buat macam kat dalam gambar atas ni... dalam tu..sumbat pasir boleh, sumbat biji saga pun boleh...sumbat aje dengan apa-apa yang agak-agak logik boleh di lambung....

LOMPAT GETAH
Permainan lompat getah ni...kalau agak-agak tak larat lompat...lalu aje kat bawah ye... main lompat getah ni.. dia step by step...dari paling rendah...pastu naik sampai paling tinggi.... (harap maaf...tiada perlindungan insuran disediakan...)  

TUTUP BOTOL
 Main tutup botol ni...paling murah nak dapat sebab kebanyakan botol zaman dulu...memang guna tutup botol macam ni...tapi zaman sekarang...payah nak jumpa tutup botol macam ni.  Walaubagaimanapun.. permainan tutup botol ni adalah antara permainan yang paling digemari oleh kanak-kanak lelaki dulu-dulu.

Setakat ini sahaja dulu perkongsian serba sedikit..permainan tahap canggih zaman dahulu..hingga permainan tahap canggih zaman sekarang... Apa-apapun..permainan adalah tetap permainan..jangan biarkan diri kita menjadi leka kerananya.....