Zikir Munajat

Sunday, 17 November 2013

KEGEMARAN SAYA....

Kali ni..saya nak buat aktiviti bebas ...catatan yang bebas.. berkisar kegemaran saya... bukan sahaja makanan kegemaran..artis kegemaran...dan pelbagai aspek yang menjadi kegemaran saya... insya-Allah... warna-warni kegemaran ini telah memberikan banyak corak dalam perjalanan hidup saya.

Pertama sekali..saya nak berkongsi kata-kata yang menjadi kegemaran..iaitu..kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi.


Kata-kata dan ungkapan Ustaz Pahrol Mohd Juoi ini dahulu sering berkumandang di rancangan radio kegemaran saya iaitu ikim.fm slot Mukmin Profesional.  Namun setelah beberapa lama slot ini sudah tidak keudara lagi.. blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi pula sering menjadi bahan bacaan saya.  Boleh baca link Ustaz Pahrol Mohd Juoi di sini http://genta-rasa.com/

Selain slot Mukmin Profesional menjadi kegemaran saya, slot Islam Agamaku di radio ikim.fm banyak memberikan ilmu buat perkongsian bersama hasil daripada pengalaman para mualaf yang telah kembali ke agama fitrah.  Antara yang menarik adalah perkongsian pengalaman daripada artis Corrie Lee.


Boleh ikuti rakaman rancangan Islam Agamaku di ikim.fm kendalian DJ Norhayati Paradi bersama artis Adam Corrie Lee seperti video di bawah.




Kartunis kegemaran saya pula tak lain tak bukan ialah UJANG..yang terkenal dengan hasil karya "AKU BUDAK MINANG".. hasil karyanya yang kreatif dan mencuit perasaan.


Apabila menyentuh bab makanan...pastinya..makanan yang menjadi kegemaran saya adalah segala hasil masakan emak.  Hasil air tangan emak adalah yang paling menyelerakan dan membuka selera.  Emak gemar memasak ikan pari masak asam pedas, ayam masak kicap, ikan percik, rendang ayam serta pelbagai lagi lauk kegemaran saya serta keluarga.


Itu aje la ye..antara kegemaran yang dapat saya kongsikan buat masa ni...  alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment