بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ
Rasulullah s.a.w menerusi sabdanya yang bermaksud: “Doa itu adalah
senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.”
(Riwayat
al-Hakim no. 1218)
Dengan izin Allah swt kali ini akan dikongsikan serba sedikit himpunan doa untuk kita sama-sama amalkan
إِن شأ اللهُ
Berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabdian. Doa adalah untuk
membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah s.w.t. Dengan berdoa
kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain
sifat kehambaan kita di sisi-Nya. Sebagai hamba kita memerlukan Allah
lebih daripada segala-galanya dalam hidup ini. Dan sebagai hamba kita
wajib memuliakan Allah setiap masa. Inilah hakikat doa.
Dan Allah berfirman yang bermaksud:
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya
akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri
daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan
hina-dina.”
(Surah Ghafir 40: 60)
Dengan berdoa, insyaALLAH kita tidak akan bersendirian dalam menghadapi apa jua masalah dan kebuntuan.
No comments:
Post a Comment