Makanan dan Pemakanan Dalam Islam
Islam
amat mementingkan kesihatan seseorang daripada segi jasmani mahupun
rohani. Di dalam Al Quran
banyak mengajar manusia tentang tabiat makan yang sihat dan pemakanan
yang baik. Panduan tersebut bukan sekadar bertujuan untuk mengekalkan
kesihatan jasmani manusia malah juga kesihatan rohani. Tumbesaran
manusia mestilah seimbang dengan antara rohani dan jasmani. Jika
seseorang hanya tertumpu kepada menekankan diet dan pemakanan tanpa
menghiraukan pengabdian diri kepada Allah, juga boleh mengakibatkan
dirinya lemah kerana iman dan jiwa yang kosong. Namun sebaliknya berlaku
jika seseorang hanya sibuk menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah
dan menghambakan diri kepada Allah tetapi mengabaikan keperluan tubuh
badan, natijahnya juga sama iaitu menyebabkan mereka ditimpa sakit dan
lemah yang membawa kepada kesukaran untuk mentaati perintah Allah.
Justeru, sudah termaktub dalam Al-Quran untuk menyeimbangi kedua- dua
ciri tersebut.
Terdapat juga dalam Al Quran memperincikan secara khusus tentang keistimewaan sesetengah jenis makanan. Antara makanan yang telah dianjurkan dalam Al Quran termasuklah susu, kurma, anggur, madu, jagung, bijirin dan buah zaitun yang mempunyai khasiat pemakanan yang baik untuk kitaran hidup manusia. Al Quran juga tidak dihadkan hanya menerangkan makanan yang halal dan haram sahaja malah lebih meluas dengan menyentuh tentang panduan berguna berkenaan hidangan yang seimbang di mana ia merangkumi semua zat yang berguna untuk pertumbuhan badan, memperbaiki tisu- tisu tubuh, memperkuatkan tubuh dan mengelakkan daripada penyakit berjangkit.
Dalam Islam, makanan seimbang merujuk kepada makanan untuk jasmani dan rohani. Makanan untuk rohani ialah ilmu yang membawa manfaat, iman dan amal ibadat yang diusahakan demi Allah manakala makanan untuk jasmani pula meliputi makanan yang telah diutarakan melalui pendekatan sains dan tertakluk kepada prinsip- prinsip syariah dan mendapat keberkatan daripada Allah. Dari sudut rohani, makan dengan cara berlebihan pula menyebabkan hati kita lebih sukar untuk menerima perkara- perkara yang baik yang boleh melemahkan daya fikir manusia. Oleh sebab itu, makanan yang dimakan perlu diberi perhatian dari segi khasiatnya dan berapa besar hidangannya.
Bagi seseorang Muslim, mengambil makanan adalah untuk meneruskan kehidupan dan bukanlah hidup untuk makan. Oleh yang demikian, makanan yang baik bukan sahaja mengambil kira kandungan zat yang ada dalam makanan tersebut tetapi juga dari segi bersih dan halal turut perlu diberi penekanan. Rasulullah bersabda:
"Kami ialah suatu kaum yang tidak makan sebelum kami lapar dan sekiranya kami makan tidak pula sampai kekenyangan".
Pendekatan ini merupakan suatu langkah pencegahan yang baik untuk kita turuti dalam menjaga kesihatan. Ini kerana pencegahan adalah lebih baik daripada mengubat. Melalui pendekatan makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang menunjukkan Islam tidak menekankan seseorang itu perlu mengambil makanan yang banyak untuk mendapatkan makanan yang seimbang, sebaliknya Islam mengamalkan kesederhanaan. Sebagai satu contoh yang boleh dipaparkan di sini ialah Rasulullah berbuka puasa hanya dengan segelas susu dan beberapa buah biji tamar. Gabungan antara dua makanan ini mencukupi untuk memberikan makanan yang seimbang.
Sesungguhnya, tidak ada percanggahan antara sains dengan Islam berhubung dengan pengambilan makanan yang baik dan berkhasiat, cuma bukan semua makanan yang dianggap baik itu boleh diterima oleh semua manusia. Ini kerana setiap manusia terikat dengan unsur agama yang mungkin menyebabkan berlakunya pengelasan terhadap makanan.
Syariat Islam sebenarnya adalah lengkap dan tidak membebankan penganutnya, apatah lagi dalam perkara- perkara sunat. Antara perkara sunat ketika makan dan minum merupakan adab yang perlu dititikberatkan ketika menjamah juadah ialah duduk sambil makan, memulakan dengan bacaan Bismillah dan mengakhirinya dengan Alhamdulillah, tidak berjalan- jalan ketika makan, membasuh tangan sebelum dan selepas makan dan seboleh- bolehnya mengelakkan pembaziran. Semuanya mempunyai hikmah yang tersendiri.
Justeru itu, apa yang telah digariskan oleh Islam cukup lengkap sebagai panduan dalam hidup kita seharian. Bersederhana dalam semua perkara sehinggakan dalam pengambilan makanan pun kita perlu mengamalkan sikap tersebut. Selain mengamalkan nilai- nilai yang telah dianjurkan dalam Islam, nilai pemakanan dan mutu khasiat makanan yang kita ambil juga perlu diutamakan agar kita mampu menjadi ummah yang sihat dan baik.

Wallahualam.
BEBERAPA MAKANAN TRADISIONAL
YANG TERDAPAT DI NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA..
Keunikan budaya dan cara hidup di negara ini telah mewarnai citarasa pemakanan para penduduknya. Sedikit perkongsian daripada saya tentang beberapa makanan/kuih tradisional yang terdapat di negeri-negeri di Malaysia.
Kelantan
Makanan seperti Kuih Akok, Jala Mas, Tahi Itik, Kuih Bunga Tanjong dan macam-macam lagi nama
yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasa makanannya amatlah
lemak dan manis sekali. Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi
Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan
Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan
itu. Memang benar bak nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid: "makanan
pelik-pelik, tahi minyak tahi itik," yang pelik dan unik itulah
bagaikan magnet yang menarik orang ramai ke negeri ini.
Kuih Akok
Kuih Bunga Tanjong
Kuih Cek Mek (Molek)
Jala Mas
Nasi Kerabu
Solok Lada
Melaka
Kuih
bakar basah ataupun dikenali sebagai kuih bakar merupakan sejenis kuih
tradisional turun temurun masyarakat Melayu Melaka. Terdapat dua jenis
lagi kuih bakar iaitu kuih bakar berlauk dan kuih bakar kering. Kuih
bakar basah sangat popular dan menjadi kuih kegemaran untuk dihidangkan
pada upacara-upacara seperti kenduri, jamuan makan, Hari Raya Korban dan
sebagainya.
Kelazatan
kuih bakar basah terletak pada adunan dan cara memasaknya. Kuih bakar
basah yang dibuat secara tradisional sangat enak dan lebih tahan lama
untuk disimpan berbanding yang dimasak menggunakan oven dan ketuhar
moden. Terdapat pelbagai resipi dan penggayaan cara kuih bakar dibuat
namun kuih bakar basah yang menggunakan resepi turun temurun adalah yang
paling enak.
Selain kuih bakar, kuih Buah Melaka, cencaluk adalah antara makanan tradisional yang popular di Melaka.
Kuih Bakar
Kuih Buah Melaka
Cencaluk
Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.

bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik
lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat
lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang
terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.
Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.
Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk.
Negeri Sembilan

Di antara makanan tradisional Negeri Sembilan
yag terkenal ialah rendang. Di dalam penyediaan rendang, terdapat beberapa
jenis bahan yang boleh dibuat rendang. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada
daging, kerang, burung dan sebagainya. Rendang daging biasanya tidak
dicampurkan dengan bahan-bahan sampingan. Namun begitu dalam keadaan tertentu,
terdapat juga bahan-bahan seperti nangka, maman dan pucuk ubi.
Rendang dimasak sehingga kering dan tidak langsung
berkuah (berderai). Jenis daging yang baik untuk membuat rendang ialah daging
kerbau, ayam, itik, burung, pelanduk, napuh, kijang dan rusa kecuali daging
lembu. Ini adalah kerana akan menjadi kurang cantik kerana sukar untuk kering
di mana dagingnya mempunyai banyak air. Rendang yang dimasak dengan cara yang
betul boleh disimpan lama seperti rendang kerbau di Rembau.
Rendang Negeri Sembilan
Terdapat juga makanan
tradisional lain di negeri ini, antaranya ialah kuih apam Johol. Apam Johol
dahulunya dikenali sebagai apam daun rambai, kerana proses pembuatannya
menggunakan daun pokok itu. Ia dikatakan berasal dari Johol kerana terdapat banyak
pengusaha dan pembuat makanan itu. Apam Johol sering kali dijadikan juadah minum petang
termasuk pada majlis-majlis rasmi kerajaan negeri sehinggakan ada yang
merasakan tidak lemgkap sesuatu juadah itu tanpa kehadiran apam Johol.
Apam ini juga mampu menarik sesiapa sahaja dengan
baunya yang wangi, bentuknya yang gebu dan lembut, selain rasanya yang tidak
terlalu manis. Selain itu, apam ini
mempunyai sedikit rekahan di bahagian atas dan sangat enak dimakan bersama kuah
sambal, rendang, bubur kacang, kuah daging dan kuah durian.
Apam Johol
Masak Lemak Cili Api di Negeri Sembilan pasti tidak dapat dipisahkan apabila berbicara tentang menu istimewa di Negeri Sembilan Darul Khusus.
Masak Lemak Cili Api
SARAWAK
Sarawak
adalah salah satu daripada dua negeri di pulau Borneo Malaysia. Sarawak juga
terkenal dengan bermacam-macam jenis makanan dengan bahan yang mungkin tidak terdapat di tempat kita serta
memiliki pelbagai rasa yang sangat unik.
Antara makanan- makanan yang terkenal di Sarawak
ialah Kek Lapis, Laksa Sarawak, Mee Kolok, Umai dan lain-lain.
Kek Lapis Sarawak
Kek Lapis Sarawak merupakan sejenis
kek/kuih yang paling popular di Sarawak. Ianya sangat popular ketika
sambutan perayaan di Sarawak seperti sambutan Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak dan tidak
ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern
dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang
mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu.
Laksa Sarawak
Laksa sarawak 100 peratus berbeza
daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang digunakan dan
kuahnya. Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari, tetapi sebenarnya
bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa Sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan
daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus,
hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan, Laksa Sarawak
dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.
Mee Kolok
Mee Kolok ada dua iaitu Mee Kolok biasa atau Mee Kolok goreng. Mee Kolok pada asalnya bukanlah makanan asal Bumiputera Sarawak. Mee Kolok adalah makanan yg dibawa oleh masyarakat Cina Sarawak yang datang berhijrah ke Sarawak. Oleh sebab itu Mee Kolok banyak
dihidangkan di semua kedai makanan Cina di Sarawak. Mee Kolok antara mee yg
popular di Sarawak dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Walau
bagaimanapun tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan Mee Kolok dan
terdapat sedikit pengubahsuaian rasa hidangan. Terdapat beberapa istilah yang
merujuk kepada Mee Kolok iaitu Mee Kolok (Melayu), Kampua (Cina), Mi Rangkai dan Mee Kering (Iban).
Umai
Umai diperbuat daripada ikan mentah iaitu menggunakan ikan-ikan tertentu sahaja.
Linut
Linut diperbuat dari tepung khas. Linut boleh juga dibuat menggunakan tepung kanji. Lazimnya Linut dimakan dengan mencicahnya dengan sambal belacan dan ada yang mencicahnya dengan sardin. Sesetengahnya gemar juga membuat menu tambahan iaitu makan dengan sayur pucuk paku.
Ayam Pansuh
Ayam Pansuh ialah ayam yang dimasak di dalam
buluh. Buluh itu dibakar atas api sama seperti proses membakar lemang. Beberapa
bahan tertentu diadun terlebih dahulu dengan ayam tersebut.
No comments:
Post a Comment